Khamis, 29 Julai 2010

Lima Belas


Satu hari di wad hospital. Babak 1.

Hari kedua Emak bermalam di hospital. Emak dapat jiran baru. Namanya makcik B. Makcik B baru sedar dari koma selama 3 minggu.

Senja itu, kali pertama makcik B sedar setelah lama 'tidur', makcik B petah bercakap macam-macam. Tapi malangnya, sepatah haram pun saya tak faham. Jadi tak dapatlah saya membantu apa yang patut. Hanya mampu menempel di tepi katilnya sambil mengangguk-anggukkan kepala macam faham bila makcik B bercakap.

Selepas senja yang makcik B petah bercakap macam-macam, hari-hari berikutnya, makcik B terus lena, sekali-sekala sahaja dibukakan matanya, dan kemudian dipejamkannya rapat-rapat. Mungkin makcik B dah bosan cakap sorang-sorang. Mungkin makcik B dah bosan tak ada orang faham apa dia cakap. Jadi makcik B malas nak bangun, makcik B tidur. Tidur orang sakit.

Dua hari makcik B menjadi jiran Emak. Masih tiada siapa menemani makcik B. Makcik B masih lena. Lena orang sakit. seorang-seorang, tanpa siapa pun menemani.

:bersambung.