Khamis, 16 September 2010

Dua Puluh Tujuh

Tahun ni, macam tahun lepas - tak raya langsung! Sepanjang raya, orang lain berHuHa-HuHa -- saya pula mengisi masa di rumah dengan membaca stok buku-buku yang tak terbaca lagi. Bagusnya anak dara sorang ni, kan. Hehe.

Sudahlah internet di rumah kepengsanan, rancangan di tivi pula macam apa jek. Nasib baeklah ada stok buku. Jadi tak adalah sangap sangat dekat rumah. Tapi sebenarnya, saya memang tak teruja langsung nak raya. Rasanya, keterujaan menyambut Ramadhan hari tu lagi hebat berbanding sambut raya ni.

Lagi-lagi sejak akhir-akhir ni peparu Emak banyak kahak. Memang perlu kerap buat suction untuk pastikan Emak dapat bernafas dengan baek. Jadi memang tak banyak pergerakan yang dapat saya buat selain pergi dapur untuk makan. Hehe.

Apa pun, tolong doakan untuk Emak ek. :)

P/S. Emak! Bertahanlah! ILoveyouMak!