Khamis, 11 November 2010

Tiga Puluh Lima

Kalau?

Kalau orang lain sibuk ada anak, saya sibuk ada Emak. Kalau orang lain sibuk ada suami, saya sibuk ada Emak. Kalau orang lain sibuk ada kerjaya, saya sibuk ada Emak. Kalau orang lain sibuk ada kehidupan berjaya, saya sibuk ada Emak. Kalau orang lain ada Emak tapi sibuk dengan suami dan anak, saya sibuk ada Emak. Kalau orang lain ada Emak tapi sibuk dengan kerja, saya sibuk ada Emak. Kalau orang lain ada Emak tapi sibuk dengan kehidupan sendiri, saya sibuk ada Emak.

Oh! Untungnya saya!


Saya masih ingat lagi hingga sekarang. Dulu masa saya kecil. Emak pernah cakap dekat saya.

Nanti kalau Emak dah tua dan tak ada siapa-siapa nak jaga Emak dah, hantar aje Mak dekat Rumah Orang-orang Tua.


Sejak itu, saya berazam akan jaga Emak bila saya dah besar dan bila Emak sudah tua. Dan Allah beri kesempatan itu pada saya dan nasib baik Allah telah menentukan bahawa saya tak mengabaikan Emak(nasib baik Allah tak tentukan nasib aku jadi anak derhaka kan. Nauzubillah). Syukur.

Sebenarnya, dari dulu, saya memang ada macam-macam rancangan untuk Emak contohnya bawa Emak makan angin, bawa Emak makan sedap-sedap, laksanakan apa-apa impian Emak yang tak dapat Emak laksanakan masa mudanya. Tapi Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya, dan semua rancangan-rancangan tu hanya tinggal kenangan sebab Emak dah tak sihat sejak saya berada di tahun akhir pengajian lagi.

Apa yang mampu saya lakukan sekarang hanya jaga Emak sebaik mungkin. Kadang-kadang memang rasa kecewa sebab saya rasa saya belum lakukan yang terbaik untuk Emak. Bukan mudah sebenarnya melihat orang yang kita sayang tu menderita hinggakan kadang-kadang kita akan menyalahkan diri kita sendiri di atas penderitaan orang yang kita sayang tu. Tapi kemudiannya, saya tersedar bahawa setiap apa yang Allah jadikan itu pastinya ada sebab. Sebab paling utama yang saya dapat pelajari sejak beberapa tahun belakangan ni ialah sifat menjadi hamba.

Saya sangat berharap Emak akan sembuh. Tidaklah saya berharap 100% kesembuhan, tapi kurang-kurang 50% pun tak apa. Saya tak putus-putus berdoa dan berusaha. Tapi kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal - hanya Allah yang menentukan segalanya.

Bagi sesiapa yang masih ada Emak dan Ayah. Gunakanlah masa yang kita ada untuk mereka sementara mereka masih sihat. Saya ni, Ayah dah meninggal sejak saya kecil. Emak pula dah tak sihat. Sebenarnya saya sangat cemburu dengan orang yang ada Emak dan Ayah; sebab saya tak ada peluang-peluang yang manis sepertimana yang korang ada. Jadi. Gunakanlah masa yang ada sebelum terlambat. Dah terlambat macam saya ni, memang menyesal tak sudah. Menderita oi!

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [HR Al-Tarmizi]


Dan saya rasa marah bila ada anak-anak yang hantar ibu bapa mereka ke RSK. Kau patut masuk neraka! Sekian terima kasih.