i.
Projek sebelum bulan puasa ialah menghasilkan aiskrim asam boi secara besar-besaran untuk menjadi santapan seisi keluarga. Memandangkan suhu agak panas sejak kebelakangan ini, maka memang indah benarlah sekiranya dapat makan aiskrim sambil menonton, membaca buku, buat kerja sekolah, siapkan tugasan, memasak, melukis dan macam-macam lagi. Lebih manis lagi, bila dapat menikmati kesedapan aiskrim ini bersama-sama keluarga. Tak gitu kawan-kawan?
ii.
Kakak saya, sudah siap memborong buku-buku resepi pelbagai negeri untuk digunakan saya sebagai buku teks ketika menjadi chef pada bulan puasa ini. Sungguh bersemangat betul kakak saya untuk mempelbagaikan juadah berbuka puasa nanti. Ah. Terujanya nak main masak-masak!
iii.
Oh. Saya sudah kangen sama tempat ini. Lepas bulan puasa yek kita deting! Muahs! xoxo