Kalaulah saya diberi pilihan. Kalaulah kan. Herm. Saya nak bela penyu, boleh? Kepada abang Bujal, sila berusaha dari sekarang untuk menternak penyu ek. Hihi.
Selain penyu, saya nak bela panda, sloth, dugong dan beberapa lagi jenis haiwan yang dirasakan menarik. Hihi.
--------------------------
Minggu lepas, saya ke Terengganu atas urusan kerja. Saya berkesempatan melepak di Rantau Abang selama sehari. Herm. Sangat seronok bila dapat jerit kuat-kuat dekat tepi laut dan suara engkau pula memang sah ditelan oleh bunyi deburan ombak dan engkau tak perlulah termalu-malu kalau-kalau-jeritan-&-butir-jeritan-engkau-itu-didengari-orang-lain. Best! Hihi.
Lebih seronok dapat jalan-jalan sambil melihat kehidupan para nelayan & masyarakat di sana. Berborak-borak dengan mereka
Saya juga berkesempatan menghabiskan suku hari bermain dengan anak-anak penyu. Comel ok bila anak-anak penyu ni berkerumun dan gigit-gigit jari kita. Rasa macam tak nak balik jek!
Alangkah indahnya kalau dapat melepak di Ganu lama-lama. Takpe-takpe. Mungkin Ganu boleh dimasukkan dalam Projek Stochastic tahun depan. Hihi.