Khamis, 24 November 2011

Alfa, Beta Atau Nombor? Kami Pilih Nombor!

Dekat sebulan tak hapdet, kurang empat hari lagi genap sebulan. Purrrfect! :)

Alasan: bizi. Nak mengumpat dan bergebang-gebang di FB pun tak sempat, apa lagi mahu mengumpat di B&K. Heh.

Sejak dua menjak ni, sibuk siapkan case study. Tertekan dalam kebahagiaan, boleh kata gitu? Tertekan sebab dikejar dateline, bahagia sebab dapat berkenalan dengan bakal pak mak mentua. Hahaha. Purfect!

Engkau tahu, dapat belajar banyak benda melalui mata hati orang kebanyakan adalah suatu kebahagian yang tak tertanding. Lebih sempurna pelajaran itu bilamana engkau benar-benar berada di lapangan bersama mereka berteman alam. Purfect!


Kesengsaraan diubati lagi dengan kebahagiaan berganda-ganda bila dapat berjumpa dengan ayahanda angkat. Kacak gila, walaupun dah berusia 86 tahun. Oh, love! Input yang diperolehi dalam pertemuan tersebut juga sangat berguna dan mantap. Pertemuan tersebut memberi pencerahan kepada saya. Oh oh! Bahagia banyak-banyak, awak! Hihi.

Oh ya, dalam menghadapi kesibukkan yang melampau dalam bulan ini, orang yang harus menerima berbanyak ucapan terima kasih ialah Bibik Pat. Tanpa bantuan bibik Pat, rasanya tugas saya selaku anak yang tak berapa mithali ini tidaklah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Tengkiu bibik Pat, I love U! Muah! :)

Sebenarnya, kesibukan membuat engkau lebih menghargai hidup engkau dan orang di sekeliling engkau. Doa untuk kalian, saya titipkan pada bayu, semoga kalian bahagia sentiasa. ;)

Oklah. Bye-lah!


* Cabaran 30 Hari, akan sambung bila kesibukan mulai kendur. Insya-Allah bulan hadapan.
** Abaikan kebersepahan hukum bahasa yang saya gunapakaikan. Mak tertekan nak! Hihi.
*** Akan cuba hapdet pada hari isnin. Cuba.