Ahad, 22 Julai 2012
Kata & Diam
Dinihari yang hening di Ulu Telom. Telah terpencil di tengah pohon-pohon purba. Sekali-sekala kedengaran bunyi anjing belaan penduduk sayup-sayup ber-gong-gonggan.
Dalam samar unggun api, Wildan merenung lelaki tua berambut afro berwarna perang yang sedang tidur bersandar pada akar sepohon purba yang berdiri sasa. Kaki tuanya itu dilunjurkan, tangannya pula memeluk tubuh kurusnya. Lelaki tua ini sangat istimewa, dia membawa pinggan dan mangkuk di dalam bajunya. Dia berumahkan alam, lantainya ialah tanah, bumbungnya ialah langit dan dindingnya ialah pohon-pohon purba yang tegak berdiri.
Orang tua itu tidak gila. Tidak sama sekali. Dia hanya hidup dengan mudah. Apa yang penting, kayu api dan pinggan serta mangkuk. Dan dia sentiasa percaya, alam akan sentiasa bermurah hati memberinya makanan.
Wildan tahu akan makna dunia. Maka dia cuma senyap. Tanpa kata.