Ahad, 13 Januari 2013

Menunggu Pagi

Hi! Saya menunggu pagi. Kamu pula bagaimana? :)

Lama sungguh saya tidak merepek di sini, tak sempat! Saya dicemburui masa, dan saya mencemburui masa! Hehe.

Peperiksaan telah tamat. Sekarang dalam fasa redho untuk menerima apa sahaja gred. Salah sendiri kan. Jadi, pasrah ajelah. Hehe. Minggu peperiksaan yang lalu, saya hampir hilang fokus. Lebih-lebih lagi pada hari peperiksaan yang pertama - otak saya ligat berputar dengan peristiwa 4 Jun tahun lalu. Jiwa tepu dengan perasaan sayu, hiba dan rindu.

Sekarang. Rasa sedih lain pulak. Rasa sedih. Sebab. Nak tinggalkan rumah sewa dan bandar koboi ini. Saya pasti akan rindu bunyi keretapi lalu yang selalu menemani malam-malam saya. Saya pasti akan rindu dengan salakan anjing bergaduh ataupun skodeng anjing-anjing itu bergurau senda. Saya pasti akan rindu untuk meroyan di sungai-sungai yang belum tercemar. Saya pasti akan rindu untuk berkabus di Banjaran Titiwangsa. Saya pasti akan rindu teman-teman dan masyarakat di sini. Tapi, inilah hidup kan. Bila sanggup bertemu, kita juga harus sanggup berpisah. T___T

Bila direnung kembali, kira-kira beberapa tahun yang lalu, ketika zaman saya cergas berblog, malam-malam begini pasti ada sahaja yang akan dihapdet dan direpekkan. Ataupun chit-chat dengan beberapa rakan di YM. Zaman hormon tak stabil. Sekarang pun masih tak stabil lagi, tapi sudah agak terkawallah. Haha. Kadang-kadang rindu zaman itu. Merajuk, gaduh dan baik semula. Comel. :)

Sementelahan menunggu subuh, saya melayan lagu-lagu Indo yang dulunya saya selalu layan dengan rakan-rakan blogger. Marilah bernostalgia. Hehe.

Saya pilih satu lagu. Untuk kamu. Khusus. :)