Jumaat, 4 Oktober 2013

Candy & Crush

Sebulan kemudian baru nak up entri baru? Ish ish ish! Ini adalah satu kegagalan dalam karier saya sebagai perepek yang berjaya. Mungkin, apabila usia kita semakin meningkat, kita semakin kurang isu/topik/perkara/benda untuk direpekkan (atau dirungutkan?). Atau mungkin kerana sekarang sudah ada FB untuk memudahkan kita merungut-rungut dan kewujudan FB juga mengurangkan masa kita merepek di blog kerana banyak masa dihabiskan dengan mengendap foto-foto orang lain? Atau mungkin juga kerana hidup kita dah terlalu stabil hinggakan tiada apa yang perlu dirungutkan atau diperkisahkan? Herm.

Saya hapdet ni pun sebenarnya, sebab saya tengah gelisah, berdebar dan kerisauan sejak mengetahui siapa yang bakal menjadi ahli-ahli panel saya nanti. Mandi tak basah, tidur tak nyenyak; tapi malangnya makan tetap lalu. Huiii! Jujurnya, dalam risau-risau ni, masihlah tak sedar diri untuk study. Hergh! Malasnyaaaaa!!! Kenapalah Incet M suka sangat dekat saya? Kenapa?! Kenapa?! Tertekan saya dengan diri saya yang malas ini. Nak mencarut sekejap:

!@*#$*&@$@^*&%^I!@$(*@#)(R(*@#DHYU@^&@*!&*()!(

Ok habis mencarut. Huahua.

Semalam, demi membunuh masa-masa senggang, I googled my crush. Crush lama, tapi sampai sekarang saya masih candy crush lagi. Hehe. Ya Allah! Hensemnya! Hensemnya! Hensemnya! I think, I've had a crush on him (errr them?) since my college day. Haha. Jadah sungguh, bercerita pasal 'candy' crush di sini. Kehkeh! Layan jelah.

Tada! Abam Keevan & Abam Logan. Hehe. Suka dekat dua-dua sebab dua-dua hensem. Kehkeh!






Credit: Google

Walaupun Abam Keevan dan Abam Logan sudah tidak berapa jambu lagi, tapi masih lagi menjadi pojaaaannnn hatiku. Jujurnya, ketika zaman sekolah dahulu (lebih-lebih lagi ketika belajar di KB dahulu), saya sangat mengikuti sukan hoki dan menggilai pemain-pemain hoki negara. Ramai antara mereka, bukan sahaja hensem di fizikal, bahkan hensem juga secara mentalnya. Itu yang seksi tu. Hihi. Cairnya tengok Abam Keevan & Abam Logan ni (*______*)

Fuh! Dimulakan dengan persoalan, kemudian keresahan dan di akhiri dengan kegedikan? Satu paten orang yang berotak random? Huahua.

Oklah. Nak pergi jogging kejap lagi. Bai.