Dianiaya pada bulan Ramadhan, sebenarnya lebih susah berbanding bulan-bulan biasa. Memang pahalanya besar bila dianiaya lalu redha & sabar di bulan Ramadhan ni, tapi sepertimana besarnya pahala, besar juga dugaan mahu meluruskan hati untuk bersabar di bulan mulia ini. Lagi mahu dilupa, lagi teringat-ingat sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Aduhai. Parah sungguh.
Semenjak saya menulis Oh Hati Ati, hinggalah tertulisnya Oh Hati Ati II ini, saya masih lagi cuba memujuk hati saya, tapi sukarnya ya ampun! Ketika ini barulah terasa sejauh mana ketahanan diri & setebal mana keimanan untuk tidak mengeluarkan kata-kata amarah. Nak marah syaitan, mereka terbelenggu. Lalu sekarang, hanya nafsu sahaja yang tinggal ― janganlah tertewas pula ya nak ati.
Rakan-rakan bertanya kenapa saya diamkan sedangkan yang diambil itu hak saya. Memang saya pilih berdiam diri. Saya harap Allah akan membantu saya. Mahu sahaja saya mendoakan yang bukan-bukan, ialah doa orang teraniaya dimakbul Allah, tapi adalah lebih baik saya mendiamkan diri, dan ambil masa mengutip & menyusun kembali puzzle kesabaran saya.
Saya doakan, berkat ramadhan ini; semoga orang yang menganiaya saya itu akan dimurahi rezeki agar di masa hadapan dia tidak akan menganiaya orang lain pula. Dan saya mendoakan, semoga Allah memberi petunjuk sebaik-baiknya kepada dia agar tidak menyalahgunakan agama demi kepentingan peribadi. Amin.
Dugaan. Dugaan!