Salam kawan!
Saya sudah pulang dari misi melarikan diri sejak 2 haribulan lagi, tapi hari ini baru berkesempatan hapdet. Korang-korang apa khabar?
Oklah. Mari saya bercerita tentang #MisiMelarikanDiri tempohari. Antara benda gila yang best yang pernah saya buat - terbang sehelai sepinggang.
Walaupun, saya agak merisaukan parents saya; namun begitu, saya amat berterima kasih dengan mereka sebab mempercayai saya. Ialah, takut jugak kalau dorang fikir saya pergi meroyan dengan encik lelaki kan. Kang tak pasal-pasal dorang ingat saya ni tak senonoh padahal anak dara dorang ni memang senonoh orangnya. Haha.
#MisiMelarikanDiri
1. Dapat berkenalan dengan pasangan suami isteri veteran dari eropa yang baik hati dan comel; dan dapat berkenalan juga dengan seorang muslimah dari Holland yang sangat tinggi ilmu agamanya. :)
2. Ketika duduk melepak di tepi pantai, saya terberangan; alangkah indahnya kalau dapat duduk tepi pantai dengan seseorang sambil makan rojak buah (ok, yang ini tiba-tiba terindu Malaysia). Lepas tu jalan-jalan di tepi pantai sambil berpimpin tangan. Ewah. Poyo gila kan. Haha. Kadang-kadang, saya rasa rindu dekat 'jodoh' saya (ok komfem korang nak muntah hijau ni. Haha). Tapi selalu juga saya terfikir, bahawa 'jodoh' saya sudah meninggal dunia; mati. Ah. Anti-klimaks betul. Heh.
3. Kawan baharu saya bertanya; apa yang saya bayangkan bila saya dah tua nanti. Saya jawab, saya tak pernah bayangkan macam mana hari tua saya nanti sebab saya selalu bayangkan yang saya akan mati ketika usia muda. Heh.
4. Berjaya menyah-kemeroyanan saya. Alhamdulillah. Sekarang sedang dalam proses pengimplementasian sahaja apa yang saya fikir terbaik untuk diri saya, keluarga dan masyarakat. Mudah-mudahan dipermudahkanlah urusan-urusan tersebut. Wuhuuu! Saya adalah gadis kuat yang comel! Saya boleh. Saya boleh. Awak pun boleh. :D
5. Ketika berlepak-lepakkan itu, tiba-tiba saya terfikir untuk membeli sebuah van dan nak travel serata pantai di Malaysia dengan van itu. Dalam van itu nanti, ada semua buku-buku yang belum sempat saya baca dan ada segala barang keperluan saya sepanjang pengembaraan tersebut - ada bantal, tilam, selimut, stok cokolat, kerepek, jajan, drawing stand, alatan melukis dan semuanya - ada teleskop jugak (aha ni dalam wishlist tahun ni). Fuh! Bestnya. Errr korang nak join sekali ke? Hihi. Baiklah. Saya adalah berazam untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah van. Doakan!
Oklah. Terpanjang pulak. Nak makan cokolat sambil layan Merlin. Bye.
______________________________
#Iklan
Korang ada kenal sesiapa yang berminat jadi pembantu penyelidik? RA diperlukan untuk kajian pembangunan & penempatan semula masyarakat orang asli di daerah Lipis/Cameron. Kalau boleh nak yang ada master dalam bidang ekonomi pembangunan atau antropologi, sosiologi dan biasa dengan kaedah factor analysis dan choice modelling. Tempoh 8-12 bulan. 3 bulan di Cameron Highland untuk kerja lapangan, tempat tinggal disediakan di Cameron Highland (3 bulan).