Rabu, 11 Januari 2012

Hana Tajimakira

Ada orang cabar saya, pakai tudung ala-ala Hana Tajima dan jadikan imej profil di FB. Herm. Namun begitu, saya adalah khuatir, saya akan lebih cun daripada Hana Tajima nanti. Ramai pulak yang nak jadi feren, susah tu. Hihi.

Memandangkan, adakalanya saya adalah rajin melayan permintaan para peminat (seperti bermuka baldi), maka sekarang ni saya tidak pasti sama ada mahu merajinkan diri untuk melayan cabaran yang ini pulak. Ah. Seganlah nak tayang-tayang kecomelan. Hihi.

Selain itu, ada orang cabar saya menjadi vblogger. Wah! Kemain lagi engkorang eh. Namun begitu, selaku seorang yang pemalu, mungkin saya lebih cenderung untuk menjadi ablogger (audio blogger, ada ke? hihi) yang sekadar menyumbangkan suara yang merdu ini sahaja. Well. Misteri itu penting. Trademark tu. Ceh! Misteri la sangat kan, padahal dah ramai yang berjumfa-jumfa dengan awak tu pun. Hihi.

Ting! Eh. Buat audio berduet pun macam best jugak ni. Ala-ala DJ kat radio gitu. Errr ada sesiapa nak jadi partner saya? :p