Khamis, 8 Mac 2012

Perkara-Perkara Yang Diceritakan Secara Rawak



1. Beberapa hari yang lalu, penyelaras saya telah menyuruh saya & rakan-rakan berkarok lagu di atas bersama beliau. Kami berkarok lagu yang sama hampir 5 round. Sekarang, lagu ini terus melekat dalam kepala dan asyik terngiang-ngiang sahaja. Itu belum lagi lagu-lagu artis kesukaan beliau seperti Uji Rashid, Herman Tino, Hail Amir dan Boery Marantika pun melekap-lekap dalam kepala saya ni. Terasa seperti golongan antik pulak sejak dua menjak ni. T____T

2. Apabila anak buah-buahan saya secara tidak sengaja terbotakkan kepalanya, tiba-tiba persepsi saya terhadap lelaki botak terus berubah. Sekarang saya rasa lelaki botak adalah kacak, comel & seksi. Ehem. Hati-hati lelaki botak di luar sana, anda diperhatikan mata saya. *Angkat-angkat kening*

3. Projek di Kemboja berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Semoga Tuhan terus memberi peluang kepada saya. Insya-Allah.

4. Memandangkan sekarang ini saya sedang menjalani gaya hidup nomad di hutan nan hijau, kebarangkalian untuk saya selalu mengemaskini blog ini adalah sangat tipis. Namun begitu, saya akan sedaya upaya untuk mengemaskini blog ini dan memberitahu perkembangan-perkembangan terkini saya selaku artis pujaan ramai. Ahaks. *Larikkk!