i.
Saya masih menikmati saki baki kehidupan senggang tanpa kekusutan otot mahupun keserabutan kepala otak. Dalam masa yang sama, masih menanti ketibaan ilham untuk kertas projek yang tak kunjung-kunjung jelmanya, entah ke mana hilang Abang Ilham ni. Lemau terlebih makan semperit agaknya!
ii.
Ketika saya bersedap-sedapan berketupatan, bersemperitan & berkopikopian, tiba-tiba 20% semangat saya disentap oleh berita kepulangan ayahanda guru yang amat saya kasihi. Seperti tidak percaya, tapi wajib percaya kerana beliau benar-benar sudah dipanggil pulang dua hari sebelum aidilfitri. Beliau adalah guru yang menenangkan saya ketika saya kehilangan dahulu, kini saya kehilangan beliau pula.
Pesan yang almarhum sentiasa titipkan pada kami, "Hidup kita ni, jangan menyusahkan orang yang sudah sedia susah..."
Orang baik, memang Allah sayang.
iii.
Saya mahu potong rambut. Rambut saya sudah panjang. Memang panjang jang jang. Tapi saya tak sampai hati mahu memotong rambut saya. Sebab. Sebelum Emak meninggal, saya tanya pada Emak sama ada boleh potong rambut saya atau tidak sebab rambut saya dah panjang. Tapi, Emak kata tak boleh potong. Jadi, saya pun tak potong dan terus tabah membela rambut tersebut walaupun terasa rimas & serabai yang amat.
Sekarang memang Emak dah tak ada. Patutnya boleh potong dengan senang hati aje. Tapi memandangkan saya ni adalah sejenis spesis makcik-makcik yang sentimental, jadi saya adalah rasa sayang & rasa tacing-mushy-slushy gitu bila memikirkan hasrat untuk memotong rambut. Susah betullah bila ada rasa sentimental ala-ala makcik ni. Kalau boleh, semua benda boleh jadi sentimental. -_________-