Khamis, 30 Ogos 2012

Belacan & Keju

Hoi hoi! Emak baru meninggal tak sampai 100 hari, semua orang dah sibuk nak suruh kita kahwin. Mohon bawa bertenang semua. Kalaulah mencari suami ni macam beli ikan kat pasar, dah lama dah kita borong abang suami, tahu tak? Haha! Oh Abang Bujal, don't worry, ai takkan borong yu. Hihi.

Dulu masa Emak ada, kita selalu bagi alasan, "Kita nak jaga Emak."

Bulan-bulan terakhir & minggu-minggu terakhir Emak, kita selalu acah-acah tanya dekat Emak, "Mak o Mak. Kalau kita nak kahwin boleh tak?" Nanti Emak kita bagi isyarat, TAK BOLEH. Lepas tu kita pun acah-acah jawab, "Alaaaaaaa! Takkan kita tak boleh kahwin?" *buat muka sedih*. Bila dah buat muka pura-pura sedih, barulah Emak kita bagi isyarat dekat kita, BOLEH. Bila Emak jawab macam tu, nanti kita akan sengih-sengih jawab dekat Emak kita, "Mana adalah Mak, kita tak nak kahwinlah, kita main-main aje. Kita nak jaga Emak sampai bila-bila." Lepas tu, kita cium pipi Emak kita bertubi-tubi. Ah! Rindunya dekat Emak kita. Mohon peluk dan cium pipi Emak anda bagi pihak kita, pantas & segera serta sekarang; boleh?

Tuhan, makbulkan hasrat kita, untuk tak kahwin & jaga Emak sampai saat terakhirnya. Kita bersyukur.

Dulu. Ada terfikir juga, mahu berkahwin & berkongsi tanggungjawab dengan abang suami untuk menjaga Emak. Namun begitu, hasrat tersebut kita batalkan sebab kita tak mahu menyusahkan sesiapa pun, terutamanya abang suami. Jika kita disusahkan oleh abang suami untuk menjaga orang tua beliau, kita tidak kisah tapi untuk menyusahkan beliau menjaga Emak, kita tidak sampai hati. Jujurnya, kita mohon pada Allah untuk postpone. Allah menjawab doa kita. Manis.

Sekarang. Emak dah tak ada. Alasan nak jaga Emak dah tak boleh pakai. Namun begitu, kita tetap merasakan kehidupan yang kita jalani sekarang sudah baik & kita bersyukur sebab kita di kelilingi oleh orang-orang yang mempedulikan kita & kita mempedulikan mereka. Kita tidak minta banyak dalam hidup kita, kita minta dimaafkan, & memaafkan, kita minta diterima & menerima, kita minta peluang & diberi peluang. Itu sahaja.

Buat masa ini, kita cuma mahu memikirkan untuk menyelesaikan kertas projek kita, menyeru Abang Ilham supaya lekas pulang dari kesesatan beliau akibat tiada GPS & beberapa projek-cinta-sayang secara kecil-kecilan. Buat Abang Bujal yang jauh di mata (ecewah! sila geli! hahaha!), biarlah kita sama-sama berseorang-seorangan buat masa ini, asalkan kita sama-sama menjadi budak baik. Semoga Kanda Bujal di kelilingi oleh limpah kasih sayang orang yang peduli & lebih lagi kasih sayang Tuhan. With Love, Dinda Kuntum yang jauh. Ahaks!


p.s. Entri ngengada ini tiada kaitan dengan kotak komen. Harap maklum. Haha!