Isnin, 24 September 2012

Tutup & Buka

1. Pejam dan celik. Celik dan pejam. Sampai ke penghujung september. Masa merempit dengan lajunya atau aku yang terlalu terkedek-kedek macam kura-kura?

2. Saya agak sibuk untuk menyiapkan beberapa assignment dan project paper selain kerja-kerja sosial yang menuntut keutamaan hidup buat masa ini. Saya mungkin sekali-sekala ada di twitter, jadi bolehlah add saya di @akirasuri jika mahu.

3. Sekarang sedang dalam tempoh perbincangan lagi dengan supervisor saya, jika beliau luluskan mungkin saya boleh minta bantuan rakan-rakan untuk menjadi sebahagian daripada pembanci saya. Sambil menjadi pembanci, rakan-rakan juga boleh membuat kerja sosial amal dalam masa yang sama. Semoga semua usaha dan kerja kita mendapat keredhaan Allah. Insya-Allah.

4. Kalau rasa rindu-rinduan dekat kita, tataplah gambar kita di bawah ini lama-lama. Ini adalah gambar kita bermesra dengan pakwe kita dekat rumah bakal ayah mentua kita si blogger Anul. Hehe. Memandangkan Anul kata (saya panggil dia Kecik), "Perwatakan dia tu ada lah sama dengan penulisan dia. Cara dia layan Xiyad tu pn aku mcm dh familiar dr penulisan dia." Jadi mohon terima kita sebagai menantu ye ayahanda. Hahaha! Oh! Didoakan semoga Xiyad cepat sembuh dan kembali aktif.


5. Ah. Baru berazam tak mahu cakap merepek-repek, dah termerepek dalam point nombor 4 tu. Hehe. Susah sungguh hey mahu jadi serius ni hey.

6. Saya tutup entri kali ini dengan menampal dua buah video. Korang dengar la lagu ni sampai boring. Saya tak pasti bila lagi boleh hapdet, akan cuba menyelit-nyelit di celah kesempitan masa untuk hapdet jika tidak dilanda penyakit M. hehe.






Jaga diri baik-baik. Kita doakan yang baik-baik untuk awak. :)


Salam.