Ahad, 14 Oktober 2012

Pentaksiran & Pengujian

I.
Kena reject. Ya kena reject! I wish things are easy with thesis. But then again, it is not like writing a blog, where you can rant and ramble and no one will care about the quality and intellectuality of the writing. Heh. Tapi. Tak apalah, kita melihat ia dari sisi hikmah. Mana-mana ahli antropologi dan ahli sosiologi yang nak buat pasal tajuk ni, Urban Poverty: Visible Poor, Homeless in Kuala Lumpur amatlah dialu-alukan memandangkan kajian ilmiah mengenai gelandangan di Malaysia adalah kurang.

Saya melalui malam-malam pemerhatian yang mengujakan seperti hormon-hormon berkeliaran. Haha. Boleh disimpulkan, situasinya sangat menyedihkan. Golongan wargaemas adalah paling merenyuk-renyukkan hati saya. Kesian. Dalam kita sibuk memberi kepada yang jauh, ramai lagi yang masih memerlukan di tanah kita sendiri. Herm. Sedih sebenarnya kena tukar tajuk. Tapi supervisor bagi alasan yang kukuh iaitu faktor keselamatan dan juga faktor data reliability dan data validity.



II.
Baru-baru ni, otak saya sangat wengweng. It is not only physically and mentally exhausting. It is also spiritually draining. Saya tiba-tiba macam kehilangan jiwa. I lost whatever the purpose I ever had in life. Proposal kena reject, rindu pada Emak & sedih kehilangan yang masih belum hilang. Bertambah lagi dengan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan sejak beberapa bulan lepas lagi. Kereta rosak di Perak yang memang membocorkan poket saya. Perlu berhadapan dengan isu-isu dan individu-individu yang merengsakan. Memanglah tahap wengweng bertokok tambah. Seriously, I was starting to doubt everything. Saya mulai ragu-ragu dengan tindakan saya menjerumuskan diri ke dalam bidang ini setelah berjaya keluar. Saya bertanya berulang-ulang, kenapalah aku boleh terjerumus untuk sambung belajar balik. Wai? Wai mi? Heh. Saya rasa ini adalah tahap wengweng saya yang paling weng dari segala kewengwengan. Ini paling teruk & saya tidak pernah wengweng seteruk ini. Serius. I really didn't know what happened. But my brain just stopped working. Memang mental block habis.

Tapi. Tiba-tiba, satu hari, idea gila datang. Haha. Idea gila itu tidak akan diceritakan dalam point nombor 3. Mungkin saya akan ceritakan dalam entri akan datang. Tolong ingatkan saya, ye blog! Hehe.



III.
Am tak izinkan Ati pergi jauh dari Am lagi .....

Am sayang Ati.

Eh? Haha.



Ya! Saya telah terpedaya untuk melayan cerita Adam & Hawa. Insan yang harus dipersalahkan dalam hal ini ialah roomate saya. Walaupun cerita sebegini bukanlah taste saya sangat, tapi memandangkan keadaan saya yang memang sedia wengweng, jadi saya fikir apa salahnya terjebak menonton cerita ini kan? Manalah tahu boleh dapat ilham ke kan? Haha.

"Ati tengoklah cerita Adam & Hawa. Gie tengok cerita tu rasa macam terawang-awangan. Best sangat!" Goda roomate saya bersungguh-sungguh.

"Cerita tu kan Ati, romantik gila. Gie kalau tengok mesti tersengih-sengih. Lagi-lagi bila tengok Am. Ya Allah memang rasa terawang-awanganlah." Tambah roomate lagi dalam usaha menjebakkan saya.

Akhirnya. Setelah digoda dengan pelbagai tawaran menarik, saya pun menjebakkanlah diri dalam kisah Adam Mukhris & Ain Hawani ni. Secara peribadi, drama ini berkisar tentang hubungan dua orang manusia berlainan jantina yang menghadapi communication breakdown, salah faham/keliru tentang kehendak/perasaan/kemahuan pasangan masing-masing, & dah jadi lebih kurang macam sinetron yang menyebabkan saya banyak skip sebab malas nak tengok dia meleweh-leweh. Tapi bila part Am (Abang Arun Tapa), yang ni tak skip sebab Abang Tapa adalah kacak & comel ok! Haha. Ya. Ada unsur-unsur gedik di situ. Haha.

Sebagai hiburan ringan ketika wengweng, bolehlah. Sebagai hiburan berat ketika hormon rasional otak berkeliaran, errr baik tak payah tengok. Hehe.



.

Setakat ini sahajalah bebelan saya yang mengambil masa hampir 2 minggu untuk disiapkan. Haha. Bertemu lagi kita dalam siaran akan datang.

Jaga diri baik-baik. Saya doakan yang baik-baik untuk awak.

Salam.