Isnin, 19 November 2012

:) & :(


"Do you know which is the best part of life? When your family understands you as a friend and your friends support you as your family"  ― Rishika Jain Inspirations.
Bukan namanya kehidupanlah kalau tak ada saat macam ni ― :) & :(

Tapi, kalau melebih-lebih begini :( juga, hidup jadi tak syok & kurang mengujakan. Malap aje hokkey! Rasa macam ada awan, guruh, petir, kilat duduk bertenggek atas kepala kita ni. Nak kata, macam ada *matahari sakit pun ada jugak. Hati ni rasa seperti terseliuh, jiwa pulak macam terkehel. Ahai. Tak best!

Saya perasan, sejak beberapa bulan lepas, hidup saya lebih begini :( berbanding begini :). Sungguh tak menarik. Nasib baiklah saya ada banyak idea gila, dan ramai insan gila-gila di sisi saya. Ops, insan gila-gila ye, bukan insan-insan gila. Haha.

Apa yang penting, kena jadi macam ni :), :( & begini semula :) . Comon, hidup terlalu singkat untuk fikirkan benda remeh temeh. Sekali sekala bolehlah kalau nak begini :( ― nama pun hidup kan. Tapi janganlah lama-lama sangat, nanti hidup kau pun bosan dengan diri kau yang memanjang asyik begini :( aje. Apa yang saya pelajari ialah bila begini :( dan kehilangan jiwa, **just get loose. Go and do crazy things. Benar-benar membantu saya.


Selamat hari isnin. :)
Take care, friends & be safe!

Salam.


___________________________
*Matahari sakit merujuk kepada keadaan matahari bila ada jerebu kuat. Buahan saya panggil, matahari sakit. Heee~
**Bukan suruh kau buat benda-benda haram, ambil benda haram, terjun bangunan mahupun bunuh diri hokkey.  Nak kena penyepak kalau kau buat gitu? Mahu?