Jumaat, 3 Oktober 2014

Dan..

... Sebulan kemudian.

.

Menjadi sifat semulajadi saya, sentiasa memikir tentang perasaan orang lain. Kadang-kadang saya rasa, sifat terlalu memikir dan menjaga hati orang lain yang dilahirkan secara berpakej dalam diri saya ini adalah suatu yang menyusahkan. Saya terlalu sibuk menjaga hati orang lain, hinggakan 'pakej menjaga hati orang lain' itu menyusahkan perasaan dan hidup saya. Adakalanya, saya terfikir, alangkah bagusnya kalau saya ini berhati kering - Adakalanya lah.

Tapi malangnya, sikap berhati kering itu hanya angan-angan sahaja. Dan saya masihlah menjadi manusia yang menjaga hati orang lain and they lived happily ever after (and I'm suffering so much inside that it's eating me). Heh!

Kite nak Emak Kite! Huwaaa!

.

Permasalahan remaja betul!