Selasa, 25 Ogos 2015

Hi #25


Hello!

Raya dah habis. Gaji dah masuk. Jadi, Alhamdulillah.

Antara travel yang dirancang dan yang tak terancang. Manakah yang lebih menyeronokkan? Bincangkan.

Aku malas nak merancang. Sebab kalau dirancang, selalu kadar keseronokannya kurang. Jadi, aku berkira-kira macam tak mahu merancang apa-apa, nak aci redah aje. Selalunya, kembara solo yang tidak dirancang ni, lebih membuka mata dan kepala otak - kena selalu alert.
Kembara bulan 6 yang lalu, antara perkara yang aku tidak rancang ialah terjoin dan terbekenalan dengan 9 orang Eropah dan 1 orang Australi; lalu tersampai juga di Puncak (walaupun pancit, sampai tak tercerita) dengan dorang. Dengan struktur badan aku yang rendang dan agak sado ni, nasib baiklah dorang masih berperikemanusiaan dan tak tinggalkan aku kesepian. Haha. Biasalah orang Asia yang kemetot macam aku ni, 3 langkah aku, sama dengan 1 langkah dorang - Haaaaa boleh bayang tak betapa Giant panjangnya kaki dorang. Hehe. 
Bulan 7 pulak, kembara yang agak terancang. Kali ini bukan solo dan aci redah. Kali ini kembara berteman. Namun, kadar keseronokannya agak kurang. Di sisi yang baiknya pula, tahap kegirangan dan kelihatan kesepian dan keseorangan itu berkuranglah sedikit sebab travel berduet. Namun kalau dibandingkan keduanya, kembara solo lagi membahagiakan. :)
Bulan 8, tak sempat ke mana-mana lagi. Sedih.

 Aku tak tahu dengan orang lain. Aku suka kembara sorang-sorang; dapat kenal ramai kawan, dapat bermasyarakat dengan orang tempatan dan lebih best lagi dapat mencari diri sendiri, yang lost. Best kan?