Dulu. Masa kecil-kecil. Setiap kali bulan Ramadhan, bila tengok slot waktu pemberitahuan waktu bersahur dan berbuka puasa, saya mesti berangan untuk dapat berbuka puasa di Sabah (sebab waktu buka puasanya cepat sejam) tapi mahu ngelat dengan bersahur di semenanjung. Jadi puasa pun tak adalah lama sangat. Biasalah, sel-sel otak belum berkembang lagi masa tu. Kalau boleh nak puasa 5 minit je lepas tu dah berbuka puasa. Hehe.
Sekarang. Hasrat tersebut sudah tercapai. Saya berbuka puasa sejam lebih awal dari orang Semenanjung. Orang Semenanjung baru nak buka puasa, kami sudah mahu isyak. Mohon jangan jeles. Hehe.
Dan orang Semenanjung baru bangun sahur, kami sudah mahu terang. Bahagia kan? :)
Apapun. Selamat Berpuasa. Semoga amal kita semua diterimanya. Insya-Allah.