Duduk di Borneo ni, buat aku sedar macam-macam hal. Kadang-kadang benda yang kecil pun boleh buat rasa nak nangis. Lagi-lagi bila tengok Ayah atau Ibu budak-budak sekolah aku yang dah tua, comot, kusam yang baru turun dari pedalaman untuk jumpa anak-anak dorang di asrama sekolah. Gila tak sebak.
Kalau hari bertemu ibu bapa, atau apa-apa yang melibatkan ibu bapa pelajar - hati sebak weh, bila tengok dorang dengan baju kotor berdebu/berlumpur dan wajah kedut-kedut tua dorang jumpa cikgu-cikgu kat sekolah. Kadang-kadang, dorang bukan faham sangat pun apa yang kita cakap. Tapi komitmen dorang demi masa depan anak-anak tu memang agak aku tabik lah! Bukan senang nak turun dari atas tu ke sekolah, paling awal dorang kena menumpang (naik 4WD sewa seawal pukul 3 atau 4 pagi).
Aku tak berani nak komplen apa-apa tentang hidup aku. Aku rasa, semua dah cukup. Tuhan campak aku ke sini, untuk aku kutip semua hikmah hidup yang ada.
Ramai tanya, bila aku nak mohon pindah Semenanjung (soalan yang agak aku benci). Sebenarnya, aku tak ada jawapan yang pasti, bila dan kenapa aku belum mohon pindah. Aku suka duduk sini, aku rasa khidmat aku masih diperlukan di sini. Duduk sini, bukan boleh kaya pun macam kebanyakan orang beranggapan. Duduk sini, kau akan lebih banyak menghitung apa yang kau ada, berbanding tak habis-habis mengomplen itu dan ini.
Hidup di kelilingi apa yang seadanya, buat kau selalu bersyukur kerana kau ada apa yang tiada. Hidup di kelilingi apa yang kau nampak & sentiasa ada, kadang-kadang membuat kau tamak dan kuat komplen. Hingar.
Titik.