Cikgu: "Pada pendapat kamu, bagaimana proses penciptaan wang itu boleh terjadi?"
Pelajar: "Zeti yang buat duit cikgu! Dia tidak mahu beri duit, itu sebab wang RM100 tiada dapat lagi ini tahun."
Kadang-kadang, penat mahu membetulkan persepsi pelajar tentang apa yang mereka perlu tahu dan faham. Lantas boleh berfikir secara kritikal dan membuat pertimbangan sebaiknya, bukan menyedut apa sahaja yang didengari. Mengajar pelajar menjadi neutral dan boleh berfikir memang sangat sukar waktu ini. Lagi-lagi, kondisi ekonomi di sini - yang terlalu susah orang-orangnya. Dan pula, semuanya sangat bergantung pada bantuan itu. Yang tak kunjung didapat lagi. Herm.
“Dan bermimpi saja tidak akan pernah cukup... Dan sebuah impian memang seharusnya tidak perlu terlalu banyak dibicarakan, tetapi diperjuangkan.” —Donny Dhirgantoro
Berhenti merungut dan bimbang yang tidak-tidak; Ati. Kau boleh!