Ahad, 29 Ogos 2010

Dua Puluh Empat

Adakalanya saya sukar diramal. Sebenarnya dikebanyakkan masa, saya memang sukar diramal. Ramai orang berpendapat sebegitu. "Kau ni memang susah nak diramal". Baiklah, saya mengakuinya, saya ni macam laut. Nampak tenang di permukaan tapi macam-macam di dasarnya. Baiklah, dalam siri entri kali ini, saya akan lebih terbuka. Insya-Allah. :)

Dalam diri saya, ada dua sifat yang bertindak secara dominan iaitu sifat emosional dan rasional. Kebiasaannya kedua sikap ini akan saling bergolak apabila berkait dengan soal hati dan perasaan. Kebiasaannya, sifat emosional akan berjaya menjadi raja apabila saya PMS. Alahai.

Hal-hal hati dan perasaan ini sering menyebabkan saya mengalami pergolakkan dalaman. Bukan saya tidak mahu berkahwin, mahu! Tapi bila memikirkan tanggungjawab yang belum langsai, maka pergolakkan akan berlaku dan pelbagai kemungkinan pun mulalah bermain-main di kepala saya. Jadi, akhirnya; saya menyisihkan hal hati dan perasaan saya demi melihat kebahagian orang lain.

Sebelum ini, beberapa percubaan telah dilakukan keluarga untuk saya. Tapi saya menolaknya mentah-mentah dengan alasan konon-kononnya saya dah ada calon. Cuma percubaan mereka yang terakhir (sebelum entri ini ditaip tapi dah ditolak, alahai), benar-benar memberi kesan kepada saya. Walaupun secara teknikalnya kami tidak pernah berjumpa (saya cuma dapat melihat kelibatnya ketika bersolat jemaah di rumah saya sahaja - tapi dia tak melihat saya pun. Tak aci sungguh kan? hehe!), tapi saya merasakan dia baik dan dia selayaknya mendapat gadis yang jauh lebih baik daripada saya. Bodohkah saya? Agaknyalah. Hehe.

Sebenarnya, terlalu banyak hal yang saya fikirkan sebelum saya ingin memberi komitmen kepada seseorang. Saya bolehlah gelarkan diri saya sebagai seorang yang suka 'bermain tarik tali'. Hahak! Disatu kemahuan saya mengkehendaki, tapi disatu sisi yang lain ada yang membatasi. Maka apabila kemahuan dan keterbatasan berlawanan, ketika itulah terjadinya 'main tarik tali' dan macam-macam benda pelik yang saya lakukan. Ahaks. Adakah akan ada orang yang boleh memahami sikap saya? Sikap bermain tarik tali saya ini dan menerima saya seadanya? Ada tak ek? Huhu. Jadi. Apakah yang membatasi kemahuan saya? Baiklah jawab saya ialah Emak.

Setiap kali berfikir untuk melakukan percubaan memberi hati saya kepada orang lain, setiap kali itulah saya akan terfikir akan Emak. Tanggungjawab menjaga Emak adalah satu-satunya komitmen yang paling diutama melebihi segala-galanya. Setiap kali bila berfikir tentang hati dan perasaan, saya akan fikir: 'Mampukah nanti dia menerima Emak seadanya? Mampukah nanti dia istiqamah membantu menjaga Emak. Tidak jemukah dia menjaga Emak yang uzur. Macam mana pula dengan saya, adakah saya boleh berlaku adil antara suami dan Emak; dan macam-macam lagi'. Maka persoalan-persoalan ini teruslah menghantui saya secara berulang-ulang.

Jadi. Walaupun usia saya ni dah agak ranum untuk berkahwin, tapi masihlah sehingga sekarang saya masih solo dan tak ada calon. Mungkin saya menunggu seseorang yang namanya bermula dengan huruf ____ kot. Ahaks! Ada orang telah memberitahu satu petua kepada saya, nak tahu huruf mula nama jodoh kita, bolehlah tengok di ibu jari tangan kiri. Dan, ahaks! Saya jumpa huruf ____. Betul atau tidak individu itu nanti berhuruf _____, kita tunggu jelah dengan sabar. Mulanya saya ada terfikir seorang individu, rupanya saya salah. Hehe. Kita tunggu jelah. :)

Lagi pun, menjadi single dan available pun bukanlah teruk sangat kan? Jadi entri ini sudah menjawab semua persoalan anda tentang tema blog ini yang menimbulkan syak konon-kononnya saya sudah berdua? Ahaks! Saya masih single dan available; bukan berdua! ;)

Erk! Ada sesiapa nak mengorat saya tak? Ha ha ha!