Ahad, 1 Ogos 2010

Tujuh Belas

Ketika kecil. Orang tua kita adalah segala-galanya, merekalah yang berkorban segalanya untuk kita yang bagi mereka adalah segala-galanya di dalam kehidupan mereka. Ketika itu, bagi kita, merekalah segala-galanya. Baik mahu meminta wang, meminta kasih sayang, meminta perhatian, meminta dicuri masa dan segalanya.





Apabila sudah besar. Yang mana satukah kita? Pilihlah jawapan kita sendiri. Tepuk dada, tanyalah diri. (Sila bulatkan jawapan di dalam kertas fikiran anda sendiri.)


A. Sayang dan berbakti kepada orang tua kita sehingga ke hujung nyawanya.




atau.


B. Merasakan bahawa orang tua kita ini sangat menyusahkan kehidupan kita, merasa terbeban dengan kehadiran mereka dan sebolehnya mahu membuang orang tua kita dari kehidupan kita.





A atau B? Fikir-fikirkan.



____________________________
*Jika dia masih ada hari ini, pastinya saya ingin memeluk dia. Al-Fatihah.