Khamis, 5 Ogos 2010

Lapan Belas


Beberapa hari ini, saya mengalami pergolakan dalaman - berkisar tentang kemampuan diri. Semuanya bermula apabila seseorang dengan bersungguh-sungguh telah memberi galakan kepada saya, katanya saya berkebolehan. Tapi itu belum mampu meyakinkan saya. Haish!

Setelah difikir-fikir. Tak apalah. Saya akan cuba. Esok pagi akan saya submisi. Tawakal jelah.

Tolong doa untuk saya ye!


________________________________
*Sejak dua menjak ni, Emak makin sukar tidur malam. Jadi saya juga kena berjaga malam. Risau, kalau-kalau masa saya tidur Emak sesak nafas. Harap-harap badan saya kuat melawan keletihan kurang tidur. Saya perlu sihat untuk Emak. Ya! Ya! Sihat!

Mari minum kopi O. Jom!