Kita selalu mengejar kesempurnaan. Dan kita juga gemar untuk membuat perbandingan, di antara kita dan orang lain. Itu tipikal kita.
Percaya atau tidak, ketidaksempurnaan kita berbanding orang lain itu ialah suatu rahmat. Kita tidak ada wajah yang cantik, tidak ada badan yang langsing, tidak ada ketinggian persis model -- lalu itu suatu rahmat paling besar buat kita kerana terjauh daripada gangguan lelaki-lelaki jahat, mahupun lirikan mata-mata nakal jejaka-jejaka nakal. Baguskan?
Kamu tahu. Kekurangan dalam diri kita, boleh jadi benda terbaik untuk kita.
Macam pasukan bola sepak Malaysia. Pasukan yang banyak kekurangan, lalu kekurangan itu digunakan semaksimanya hingga menjadi suatu kelebihan. Bila 'kekurangan' itu mula membuat kejutan - orang ternganga.
Selamat maju jaya pasukan Malaysia!