Sabtu, 4 Disember 2010

Tiga Puluh Sembilan

Saya suka bonsai. Bukan sebab saiz dan ketinggian saya macam bonsai. Hehe. Sebab saya rasa bonsai sangat unik dan berseni.

Iklan -

Dulu. Saya selalu tengok abang saya membentuk pokok untuk menjadi bonsai. Sejak daripada itu, saya memang suka bonsai. Abang saya yang seorang itu memang tangan berseni sikit, memang otak kreatif habis. Hampir suku hidupnya dihabiskan di Jepun, tanah bonsai. Jadi memang abang yang itu sangat mahir membonsai-bonsai pokok. Tapi abang yang itu tak macam adik yang ini, abang yang itu tidak bersaiz bonsai tapi bersaiz pokok kelapa. Hahaha. Cehhh kutuk abang sendiri.

- Habis Iklan.


Jadi saya telah membeli sepasu bonsai di MAHA tempohari. Kecil sahaja, seperti saya -- kecil-molek dan comel. Ahaks!



Saya harap, bonsai ini akan tumbuh sihat walafiat. Saya harap, bonsai ini akan menjadi peneman dan saksi perjalanan hidup saya selepas ini. Saya harap, bila saya rasa down, bonsai ini akan menjadi sumber inspirasi saya. Wuhuuu!

Saya mahu menjadi seperti bonsai - kuat, tabah, ikhlas dan lasak dalam menghadapi cabaran hidup. Saya harap boleh mencontohi bonsai yang kecil molek tapi penuh keaslian, tak kenal kalah dan penuh keyakinan. Saya mahu menjadi seperti bonsai: semakin berusia, semakin mahal harganya - semakin berusia, semakin berharga nilainya. Biarlah orang kata, hanya orang lelaki sahaja yang makin tua makin berharga. Biarlah mereka dengan kata-kata mereka. Kerana sesungguhnya, saya mahu melanggar hukum pemikiran klise manusia dan saya yakin bahawa semakin berusia perempuan itu; semakin hebat dan unik dirinya bukan sebaliknya. Wuhuuu!