
Saya ingat lagi, dulu ketika kecil; saya beria-ia nak cepat-cepat besar. Ini, bila dah besar, rasa macam tak mahu pula nak membesar, rasa nak kekal comel sentiasa jek (hihi). Manusia ni memang mahluk yang selalu tak pernah puas kan, terutamanya saya la tu. Cik Biskut yang tak sedar diri, lempang mahu?
Hari tu, ketika lepak di sebuah Kedai kopi dengan seorang kawan-baik-sejak-sekolah-menengah, macam-macam yang kami bualkan.
Sedang rancak berbual-bual, entah macam mana, topik ekonomi dan kewangan masuk dalam perbualan kami. Dari ekonomi negara kepada ekonomi dunia, dari perancangan kewangan peribadi kepada perancangan kewangan keluarga. Wahhh!
Tiba-tiba, saya terasa macam errr takjub (atau terkejut) dengan diri kami.
"Ehhh. Dah besar dah rupanya kita ni? Macam tak percaya jek kita boleh borak-borak pasal hal ekonomi, hal kewangan. Aku tak sangka kita dah besar!" kata saya dalam nada bangga (bukan riak ye).
Kawan-baik-sejak-sekolah-menengah pula kata, " itulah. Dulu kalau kita jumpa mesti nak borak merapu-merapu, gosip-gosip. Kita dah besar laaa Cik Biskut! Bangganya!"
Hihi.
Ah. Dah besar rupanya saya ni. Bila mahu sedar diri? Sepak mahu?