Rabu, 8 Februari 2012
Perspektif & Imaginasi
Baharu sekejap tadi, saya menonton muvi Ramona and Beezus. Ramona and Beezus adalah adaptasi daripada siri novel Ramona karangan Beverly Cleary.
Saya sudah melayan cerita ini semenjak 2010 lagi, dan ini adalah entah kali ke berapa saya mengulangtayang cerita ini. Kanak-kanak, selalunya berjaya membuatkan saya berasa WOW! Perspektif dan imaginasi kanak-kanak memang WOW!
Dewasa ini, kebanyakkan perspektif orang dewasa selalunya merengsakan saya. Lantas, melayani perspektif dan imaginasi kanak-kanak adalah suatu subjek yang menarik dan melegakan. Perspektif dan imaginasi kanak-kanak boleh memimikkan ketawa, sedih mahupun geram di hati kita sementelahan, perspektif orang dewasa adakalanya hanya membuatkan kita berasa serabut dan sesak. Saya bukan bercakap dalam konteks muvi, tapi saya bercakap mengenai persekelilingan semasa kita sekarang. Persekelilingan dunia realiti kita masa kini, adakalanya membuatkan kita berasa senak dan menyampah; kan.
Namun begitu, saya amat yakin, dalam diri setiap orang dewasa; masih ada seorang kanak-kanak di dalamnya. Ya. Saya yakin yang itu. Dan saya yakin, dalam diri saya dan diri kamu; ada seorang kanak-kanak yang masih berpaut pada kedewasaan kita. :)