Khamis, 9 Februari 2012
Retrospektif & Vitalitas
Saya kagum dengan kebolehan WOTE menggoreng gitar dan menghasilkan muzik yang best. Memang tak jemu untuk dengar berulang-ulang. Namun begitu, kesukaan dan kegemaran itu adalah benda yang subjektif, saya mungkin suka dan kamu barangkali tidak.
Bagi saya. Muzik yang bagus selalunya boleh membantu seseorang menghadapi saat ternegatif mahupun saat terpositif seseorang. Muzik boleh membawa kita ke masa lampau, masa terkini mahupun masa akan datang. Emosi selalunya adalah faktor yang mempengaruhi jenis muzik yang kita cenderung pada satu-satu masa. Muzik boleh jadi salah satu sumber vitaliti kita.
Oh! Saya suka muzik!