Jika kalian seorang yang kerap atau rajin berkelana, buku di bawah ini adalah buku yang saya cadangkan untuk kalian miliki. Buku karya Tuan Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi ini adalah buku mampu milik.
Secara peribadi, saya berpendapat, buku ini boleh dijadikan sebagai buku panduan sekiranya berlaku sebarang kemusykilan berkaitan fikah dan ibadah sepanjang berkelana. Penulis buku ini juga memuatkan info mengenai Persatuan/Badan Islam luar negara dan juga restoran-restoran halal hampir di seluruh dunia. Ini termasuk juga info-info Hotel Halal di Malaysia.
Semoga kelana kita, bukan sahaja membawa diri, bahkan kita membawa Tuhan bersama kita. Insya-Allah.