Ahad, 22 April 2012

Sindrom #704

Memandangkan sekarang ni, masa saya banyak diprioritaskan dengan membaca benda-benda bukan fiksi; jadi benda yang tak berapa penting sangat seperti twit mahupun status di FB akan saya baca secara imbasan sahaja.

Oleh itu, sejak dua menjak ni, saya adalah kerap terkena sindrom tersalah baca status FB atau twit kawan-kawan. Heh! <---- Adakah ini merupakan sindrom penuaan?

Contohnya bila baca 'Children' saya terbaca 'Chicken', 'Sangat' jadi 'Sangkut', 'Supper' jadi 'Suffer'. Heh!

Adakah saya memerlukan cermin mata baru? Ataupun saya sebenarnya memerlukan cuti rehat yang panjang?