Sejak dua menjak ni, otak saya semakin kurang kreatif. Mungkin sudah terlalu lama tidak bergaul dengan karya-karya kreatif membuatkan otak saya semakin kurang umphhh. Keinginan untuk meniang-rapik juga semakin merosot. Mungkin saya rasa ruang privasi saya semakin berkurang. Entahlah. Saya yang tidak menarik pun mahu diintip, bagaimanalah agaknya kalau saya ini adalah Hana Tajimakira? Mujurlah saya hanya Akirasuri sahaja kan. Ha ha!
Untuk pengetahuan awak-awak, sekarang saya sedang menyiapkan kertas berkisar tentang kemiskinan dan kesihatan di seluruh dunia. Sedih bila masih ramai lagi rakan-rakan kita di seluruh dunia masih hidup di bawah paras kemiskinan. Di Malaysia sendiri, lebih daripada 500 ribu orang kita masih hidup dalam kemiskinan. Masalah keciciran ke sekolah rendah juga masih tinggi terutamanya dalam kalangan masyarakat pribumi dan juga di Malaysia Timur.
Walaupun dunia meletakkan harapan bahawa pada tahun 2015, paras kemiskinan akan menurun melalui MDGs, namun begitu, saya masih kurang positif bahawa 8 target yang terkandung dalam MDG dapat dicapai. Kerana sehingga kini, kebanyakan negara di Afrika masih berada di bawah paras kemiskinan terutamanya negara-negara di Sub-Sahara. Begitu juga beberapa negara di Asia. Jujurnya, sepanjang kajian ini, saya memang mengharap sangat keajaiban akan berlaku kepada negara-negara miskin ini semua. Kadang-kadang, pengharapan itu sentiasa ada untuk dunia menjadi semakin baik untuk kita semua. Tapi harapan juga membuatkan kita kecewa. Takpelah. Apapun, kita masih boleh membantu mengikut kemampuan kita supaya dunia ini lebih baik untuk kita semua. :)
*Jika berminat. Untuk membaca laporan pencapaian MDG di Malaysia sehingga tahun 2005, bolehlah muat-turun di sini. Untuk laporan terkini iaitu 2010, nampaknya belum boleh diperolehi secara atas talian lagi.
Akhir sekali. Kepada awak-awak, selamat berseronok mengendap dengan ucapan semoga mata awak-awak tumbuh ketumbit. Enjoy! Haha. Saya sukaaaaa sangat!
