Selasa, 16 Julai 2013

Bernd & Gaoyi

"Hai! Boleh duduk di sebelah awak?"

"Boleh. Silakan."

"Awak lari dari rumah ya?"

"Hah?"

"Ialah. Manalah ada perempuan pendek.. Eh. Perempuan yang sanggup mengheret beg galas besar datang ke kawah gunung berapi ini sendirian, melainkan lari dari rumah dan mahu bunuh diri!"

"Awak kata saya perempuan pendek?!"

"Pendeklah juga. Paras bahu saya sahaja!"

"Yelah.. Yelah.. Perempuan pendek ini bukan lari dari rumah! Dan bukan mahu bunuh diri!"

"Habis tu? Putus cinta?"

"Tidak juga."

"Habis tu?! Bukan senang mahu melihat perempuan pakai itu... Errr.. Saya tak tahu namanya.. Sampai ke sini.."

"Pakai tudung maksud awak? Dan meredah beribu batu untuk sampai ke sini?"

"Ya! Saya yang lelaki ini pun rasa terseksa untuk sampai ke sini..."

"Saya sedang dalam pencarian. Dan saya berkelana seorang sebab tak ada siapa mahu diajak, lagi pun saya senang begini. Tidak perlu tunggu sesiapa, dan tiada siapa perlu menunggu saya."

"Saya setuju. Tapi mungkin pergi mengembara berdua juga lebih menarik. Sekurang-kurangnya ada kawan untuk ketawa dan menangis bersama sepanjang pengembaraan tersebut."

"Betul! Cuma.. Herm.. Saya belum jumpa partner in crime yang serasi untuk mengembara bersama. Yang ada, semua mahu kan yang enak-enak dan mudah-mudah sahaja. Bagi saya itu kurang thrill dan tak banyak ilmu hidup yang boleh dipelajari."

"Mungkin awak perlu cari partner yang sangat hero untuk membantu awak membawa beg besar awak itu! Awak kelihatan seperti budak kecil dengan beg yang sangat besar!"

"Saya ini budak kecil yang sudah tua. Kedut-kedut pun sudah banyak bermaharajalela! Herm.. Dan... Hero saya mungkin sedang bersemayam dalam tasik itu!"

"Awak ini perempuan yang lucu!"

"Dan pendek?"

"Ya! Lucu dan Pendek! Awak mahu minum?"

"Awak minumlah. Saya muslim dan saya sedang berpuasa."

"Oh! Maafkan saya..."

"Tenang... Tiada apa yang perlu diminta maafkan."

"Kalau begitu... Herm.. Esok saya juga mahu berpuasa.. Macam awak.."

"Serius?"

"Serius!"