Jumaat, 1 Oktober 2010

Dua Puluh Sembilan

Kadang-kadang kan, kematangan manusia itu tidak boleh diukur dengan statusnya, sama ada bujang atau berkahwin. Orang kata, orang dah berkahwin ni lebih matang daripada orang bujang. -Orang bujang ni otak masih senget (contoh dalam kisah ini ialah saya), kekurangan garam; orang dah berkahwin terlebih makan garam.

Contoh orang terlebih makan garam. Seorang manusia yang baru berkahwin dan bunting pelamin. Bertanya dengan suara kuat gegak gempita kepada seorang manusia yang sudah lama berkahwin tapi masih belum ada rezeki bunting-bunting lagi; "Kenapa dah lama kahwin tak dapat-dapat anak lagi, merancang ke?"

Ini (contoh di atas) namanya sikap MATANG ye? Oh, nasib baiklah saya BELUM MATANG lagi. -Syukur.





Oh! Saya anti geng gosip-gosip di pantri. Oh dosa. No-no!