Isnin, 18 Oktober 2010

Tiga Puluh Tiga


via Google Images


Sekarang, tiap-tiap minggu boleh dikatakan ada kenduri orang kahwin. Maksudnya tiap-tiap minggu jugalah ada orang yang akan sibuk nak pergi kursus kahwin, kan.

Semalam, saya pun pergi kursus jugak. Hehe. Ialah, takkan asyik tengok orang lain jek pergi kursus, saya pun mesti pergi kursus jugak. Barulah hip kan. Hehe.

Alhamdulillah. Akhirnya hasrat sejak awal tahun ni untuk menghadiri kursus tu berjaya jugak. Tapi ini bukan kursus kahwin. Ini ialah kursus pengurusan jenazah. Kursus pengurusan jenazah? Ohhh sungguh tak hip kan?

Banyak ilmu yang diperolehi walaupun ada sesetengahnya tak berapa dapat ditangkap sebab ada makcik-makcik yang bising dok pot-pet-pot-pet masa ustazah tengah demo memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah. Sebenarnya saya agak bengang juga dengan makcik-makcik yang pot-pet-pot-pet tu, sebab saya datang kursus tu bukan saja-saja; saya ada target tersendiri dan saya sangat-sangat nak mahir ilmu-ilmu tersebut demi orang-orang yang saya sayang. Yang makcik-makcik ni pulak dok sibuk pot-pet-pot-pet macam tebuan jek bunyinya. Nak sound, kang kata saya kurang ajar pulak kang. Alahai.

Saya memang dah pernah belajar bab pengurusan jenazah dekat sekolah agama dulu. Tapi masa tu saya kecik-kecik lagi. Belajarnya sikit, mainnya yang banyak. Memang tahap ingat-ingat lupa jek apa yang cikgu Morsid ajarkan dalam kelas. Sekarang ni, bila dah tua, rasa menyesal pulak dok main-main dalam kelas masa cikgu Morsid ajar. Sekarang, bila dah tua, baru terkial-kial nak belajar semula sebab ilmu inilah satu-satunya bakti terakhir yang boleh saya buat untuk orang-orang yang saya sayang. Adoi.

Oh. Dalam ceramah tu, Ustaz tu bagitahu (slot pertama), untuk mengetahui tanda-tanda kita dah nak meninggal antaranya ialah:
a. Hidungnya layu.
b. kaki/tangan - sejuk
c. Pelipis mata - lekuk
d. Tapak kaki - lurus
e. Nadi - lemah
f. Pandangan mata - tak tajam
g. Minta makanan yang aneh-aneh.
h. Banyak buang air besar.
i. Bila gosok gigi dah tak rasa apa-apa. (Maksudnya, biasanya; bila kita gosok gigi kita akan rasa lidah kita macam pijar kan kena ubat gigi, tapi ni dah tak rasa apa-apa).
j. Bila kita gerak-gerakkan lidah di lelangit, dah tak rasa apa-apa (tak rasa geli).
k. Tapak tangan/tapak kaki bila di garu-garu dah tak rasa apa-apa (tak rasa geli).
l. Rambut bila digentel-gentel dah tak ada bunyi geseran.

Mungkin ada dalam kalangan kalian dah tahu pasal tanda-tanda di atas dan dah expert, tapi tak apalah, saya kongsikan untuk rakan-rakan yang tak tahu. Ustaz tu pesan, kalau kita dah ada tanda-tanda di atas, cepat-cepatlah bersedia. Ustaz tu pesan lagi, pagi-pagi sebelum pergi kerja, belek muka kita untuk tengok ada tak tanda-tanda di atas, kalau ada maka persiapkanlah diri. Mudah-mudahan kita dalam kalangan orang yang bersedia untuk mengadap kematian, insya-Allah.

Semoga, kita akan mendapat kesudahan yang baik. Amin.