Khamis, 7 Oktober 2010

Tiga Puluh Satu



Saya suka melukis. Selalunya saya melukis benda yang merapulah. Tak cantik mana pun (contohnya lukisan di atas), cuma saya sendiri yang selalu 'perasan' bahawa lukisan-lukisan saya macam cantik. Hahak. Bagi saya, selain merepek di blog, melukis adalah salah satu cara terapi saya dalam melepaskan penanggungan sesuatu beban yang berbuku di dada.

Dulu. Saya pernah berangan nak jadi pelukis dan terlibat dengan benda-benda kesenian. Pernah berangan untuk ambil kursus kesenian lepas SPM dulu. Lepas tu, berangan, bila dah ada banyak hasil seni, saya nak buat pertunjukan solo hasil seni saya tu. Hehe. Besar sungguh angan-angan. :p

Oh. Lukisan di atas baru saya lukis sebentar tadi. Lukisan itu untuk awak. Ya. Untuk Awak. :D