Pernah tak rasa bengang -- bila tempat kerja kita adalah jauh, kita adalah mengejar masa untuk ke tempat kerja; tiba-tiba kita tak boleh mengejar masa gara-gara ada pemandu kereta yang bawa kereta macam siput di lorong nombor satu - lorong laju.
Pernah tak rasa bengang -- bila tempat kerja kita adalah jauh, kita adalah mengejar masa untuk ke tempat kerja; tiba-tiba kita tak boleh mengejar masa gara-gara ada pemandu kereta yang bawa kereta macam kura-kura di lorong nombor dua, dan pemandu kereta yang bawa kereta macam siput di lorong nombor satu dan lorong nombor tiga ada kenderaan berat yang memang berat sampai tak larat nak gerak.
Kalaulah menyondol bontot kereta orang depan adalah bukan suatu dosa, tak membahayakan kesihatan mahupun tak menipiskan duit di dompet -- memang rasanya mahu sahaja saya menyondol bontot dia, biar tak seksi. Padan muka! Hehe.
Nasib baiklah aktiviti menyondol-nyondol bontot kereta orang depan adalah suatu dosa, sangat membahayakan kesihatan dan sangatlah menipiskan duit di dompet; kan? Hehe.