10 fakta tentang engkau, walaupun memang tak ada siapa pun nak tahu tapi ini bukan suatu masalah yang besar untuk engkau sebab engkau memang sangat obesiti dengan diri engkau sendiri.
1. Suka habiskan duit untuk beli buku. Baca semua genre buku dan memang seorang penggila buku. Namun begitu, agak tersiput-siput jugalah untuk menghabiskan stok-stok buku akibat ketamak-halobaan diri beliau.
2. Suka seni dan sastera. Melukis adalah salah satu minat yang dirahsiakan daripada keluarga dan aktiviti melukis hanya dibuat ketika semua orang sudah tidur mahupun ketika orang tidak ada di rumah ataupun ketika bukan berada di rumah sendiri. Beliau seorang pemalu. Ahaks!
3. Suka alam semulajadi - hutan, pantai, air terjun, haiwan liar, bendang. Dulu ada hobi mengira bintang sambil tengok seketul bulan yang dipagari bintang. Cantik! Dan beliau bercita-cita mahu tinggal di kawasan-kawasan sebegini, insya-Allah!
4. Suka tangkap gambar selain gambar diri sendiri. Sangat obses untuk tangkap gambar alam semulajadi, terutamanya matahari terbit/tenggelam, awan, bintang, malam, bulan, hutan, pantai, hijau, biru.
5. Suka jalan-jalan tengok kehidupan. Kawasan menarik untuk melihat kehidupan, perkampungan nelayan, pasar-pasar lambak, RSK, kawasan pedalaman dan beberapa tempat lagi yang difikirkan wajar oleh beliau.
6. Tak pandai pakai kasut tumit tinggi lantas redha dengan kebonsaian diri sendiri.
7. Tak suka/berminat shopping kasut/alat mekap/tas tangan dan yang seangkatan dengannya. Tapi lebih suka shopping benda berkaitan untuk travelling/buku/alatan melukis.
8. Suka naik keretapi dan bercita-cita mahu mengembara menaiki keretapi From Malaysia with love. Keh keh keh.
9. Kadang-kadang suka bercakap sorang-sorang. Tapi ini bukan bermakna beliau berhalusinasi dengan kawan imaginasi beliau. Janganlah engkau ingat dia gila kalau dia tiba-tiba bercakap sorang-sorang sebab itu adalah kerana diri bercakap dengan dirinya sendiri tapi dalam ton suara yang kuat lagi jelas. Huahua.
10. Suka menyendiri dan buat banyak benda sendiri-sendiri sebab malas nak menyusahkan orang lain.
Ok habis. Kan dah kata, senang aje.