Hola Malaysia! (Terdengar suara para peminat menarik nafas kelegaan kerana akhirnya gadis-idaman-para-ibu-bapa-untuk-dijadikan-menantu sudah kembali bersiaran). Haha.
Baiklah, tanpa membuang masa mari kita jawab soalan nombor 5. Ehem.
5. Kerjaya paling menggembirakan engkau.
Kerjaya yang paling menggembirakan adalah sewaktu berumur 5 hingga darjah 2. Ketika itu, saya menjadi penternak arnab. Bermula dengan hanya sepasang arnab, tapi kemudiannya membiak-biak hingga menjadi berpuluh-puluh ekor dan berkandang-kandang-kandang-kandang-kandang-kandang.
Semasa kali pertama arnab itu bunting, memang teruja. Malam-malam, saya dan bapa sanggup berjaga semata-mata untuk menunggu arnab itu bersalin (beranak?). Tapi malangnya, arnab itu hanya bersalin (beranak?) ketika kami berdua sudah tak larat menunggu lalu tertidur. Ceh. Apabila kami bangun pagi, tengok-tengok ibu arnab itu telah selamat melahirkan anaknya. Namun begitu, dua ekor anak arnab itu kehilangan telinga kerana telah dimakan oleh ibu arnab itu: seekor ada telinga satu, seekor lagi tak ada telinga. Saya telah menangis kesedihan di pelukan bapa kerana memikirkan akan nasib anak-anak arnab itu apabila besar nanti, apakah nanti akan ada arnab yang sudi menjadi isteri atau suami mereka? =.="
Amboi. Kecik-kecik lagi sudah menunjukkan bakat seorang yang penyayang dan berperasaan belas kasihan yang tinggi. Anak siapalah ni ek? Kehkehkeh.
Last-last, bapa tak larat dah nak jaga sebab banyak sangat. Arnab ni, jaga senang jek tapi ehem arnab ni mengamalkan dasar input dan output yang seimbang. Makan banyak, berak banyak. Pergh! Kalau seekor dua, laratlah jugak nak pergi cari rumput israel dan beli dedak, ini berpuluh-puluh ekor; memang mak pengsan noks! Berak pun boleh tahan banyak, tiap-tiap minggu memang kena bersihkan bawah kandang. Najis-najis yang dikumpulkan akan diangkut untuk digunakan membaja pokok-pokok kelapa sawit bapa.
Seronok memang seronok. Tak ada siapa nak marah engkau. Kerja pun tak tension. Enjoy!
Tapi. Disebabkan bapa sudah tak larat mahu maintain makanan arnab-arnab itu; akhirnya, sebahagian arnab itu disedekahkan kepada orang dan sebahagian lagi disembelih lalu disataykan-direndangkan-diungkepkan. Saya telah merayu pada bapa untuk kami terus membela arnab-arnab itu, tapi bapa kata tak boleh. Oh. Saya memang sedih hinggakan saya tak sanggup melihat mereka menyembelih arnab-arnab comel saya dan mensatay arnab-arnab itu. Huwaa.
Hari itu adalah antara hari paling tersedih dalam hidup saya. T_______T
Habis. Next question, please!