Sabtu, 3 September 2011

Cabaran 30 Hari - Hari #2

2. Lagu kegemaran engkau.

Sebenarnya, saya tidak mempunyai lagu kegemaran yang khusus. Saya layan semua genre muzik yang dirasakan sedap didengar dan hadam dengan otak. Saya adalah sejenis mahkluk yang memang tak ingat tajuk lagu mahupun nama penyanyi yang menyanyikan lagu - saya cuma sekadar penikmat alunan bunyi dan senikata tapi tak berapa nak ambil port sangat siapa penyanyi mahupun tajuk lagu itu. Saya suka muzik, tapi saya tak suka ambil port pasal tajuk lagu dan nama penyanyi itu, boleh? Kreh! Biasanya kecenderungan lagu-lagu yang akan kerap diulang-mainkan adalah bergantung kepada keadaan mood semasa.

Tapi demi menjawab soalan ni. Mungkin ada beberapa lagu yang bolehlah dikatakan saya akan memestikan lagu tersebut ada dalam playlist saya. Antaranya ialah;


 1. Nothing Else Matters - Metallica.

 



2. Tanya Sama Hati - Allahyarham P.Ramlee & Allahyarhamah Normadiah.

 


3. Takdir - Opick & Melly





4. Masih Ada Waktu - Ebiet G. Ade





5. Stop Crying Out Your Heart - Oasis





Habis. Ok. Semalam dah tergagal hapdet sebab berada di luar kawasan. Kreh! Tapi peduli apa, bukan ada siapa nak marah pun kan.