Kita mulai entri ini dengan ayat berbunyi; 'Amboi adik Bujal, bukan main lagi ye awak! Hihi.
Saya rasa, saya memang dah fail dengan jayanya untuk Cabaran-30-Hari ni tapi tak apalah, layan jelah walaupun tak lulus. Sebenarnya cabaran ini sudah invalid untuk digelar Cabaran-30-Hari, rasanya adalah lebih layak menjadi Cabaran-120-Hari-Atau-Lebih kot. Hehe. Semenjak terjebak ke dalam kehidupan 2 alam (Dr Rozmey? Apakah?); masa saya memang ngam-ngam jek. Tapi demi uols yang disayangi, ai sanggup kurangkan sikit masa tidur ai untuk malam ini. Hihi.
Memandangkan para peminat sudah tidak sabar-sabar menanti saya menjawab soalan nombor 6. Kita terus kepada agenda utama majlis. Ehem.
---------------------------------------------
6. Kerjaya paling hazab.
Saya rasa, kerjaya paling hazab ialah ketika saya menjadi tukang kira-kira duit di Syarikat XYZ. Ketika menjawat jawatan tersebut, terasa semakin hari semakin dekat jek dengan neraka - oh neraka semilimeter menjilat muka. Panas! Panas! Wah!
Selaku tukang kira-kira duit, engkau memang menjadi tukang-menyebuk-yang-nombor-satu-untuk-ambil-tahu-setiap-pergerakan-uang. Jadi bila engkau sudah bertitle penyibuk nombor satu, engkau memang sah-sahlah tahu benda-benda yang engkau tak patut tahu. Heh. Bila dah tertahu, makin hari makin tahu, dan lebih tahu lalu terlebih tahu lantas engkau akhirnya mengetahui bahawa engkau umpama membeli saham ke neraka. Wah!
Pernikahan saya dengan kerjaya ini hanya bertahan tidak sampai setahun. Jodoh kami memang tidak panjang. Kami tidak sehaluan, lalu saya meminta cerai. Wah!
Habis.