Jumaat, 18 Mac 2011

Berbasi Basian II

... Teringat, ketika berbackpacking tak lama dulu. Saya telah dihalau dari masjid sebab tidur di kawasan perkarangan masjid. Hehe. Pengalaman sungguh!

Tak sangka, sekarang masjid sudah jadi tempat eksklusif. Macam manalah orang nak mengimarahkan masjid kalau masjid itu hanya sekadar gah, cantik, canggih tapi tidak boleh digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Oh. Saya rasa, di dalam novel Imam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain ada mengupas isu ini. Saya rasa, apa yang diceritakan di dalam novel itu, nampaknya benar-benar belaka. :)