Selasa, 8 Mac 2011

Tajuknya, Ehem.

Di ambang usia menjelang asar ni, saya perlulah menjaga badan untuk kekal fit. Ehem. Lagi-lagi memegang status S&A yang terhormat dan menjadi calon menantu idaman para ibu bapa di luar sana, jadi kita perlu maintain fit. Ehem.

Untuk kekal fit, saya selalu berbasikal. Ehem. Lagi pun, kawasan rumah saya yang terletak dalam kawasan hutan yang banyak monyet garang-garang dan suka kejar awek-awek sahaja memang best untuk berbasikal dan ia memang menyeronokkan dan mengujakan dan mensaspenkan. Kena kejar monyet, jalan tak rata, lecak, jalan tanah merah, selut, langgar lubang, tergolek, sakit bontot, kena usha - itu semua ialah asam garam apabila berbasikal di usia menjelang asar. Ehem.



Paling tak tahan, bila nak mengayuh basikal menaiki bukit - ehem - tak larat! Nampak sangat saya perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan stamina yang makin pancit ni. Ehem. Tapi, kalau menuruni bukit itu adalah kegemaran saya sebab tak perlu guna tenaga. Ehem. Dan lagi best bila turun bukit tu, kita boleh menjerit-jerit melepaskan tension macam orang gila tanpa ada orang nak peduli. Ehem. Sorga ok! Ehem.



Herm. Hujung minggu ni nak ajak Alya tukar trek lain pulak la. Mana tahu boleh terserempak dengan bakal calon suami ke kan? Hahaha! *Larik!



p.s. Senpai Deen telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel pada senja 7 Mac. Orang yang lahir bulan mac ni mesti comel-comel dan baik hati kan. Ehem. :p