Perut bumi mengamuk lagi. Walau bagaimana bersedia pun kita dengan sistem pencegahan bencana, tapi masih - satu-satunya sistem yang kita tak dapat tandingi ialah sistem Tuhan. Allahu Akbar!
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." [surah Al-Baqarah: 117]
Takziah buat warga Jepun di atas kehilangan banyak nyawa - cinta - orang yang tersayang juga kebinasaan harta benda. Saya mendoakan keselamatan warganya dan juga warganegara Malaysia yang berada di sana.
Jika tidak kerana boring, pastinya Acip masih berada di sana. Alhamdulillah. Syukur, hikmah keboringan dia yang tak tahu nak buat apa ketika cuti ini lalu pulang ke Malaysia (walaupun dia masih membebel duduk kat rumah pun boring. Ceh!).
Bila Tuhan sudah bersuara, Ultraman Jepun pun tewas tak terkata! Bersediakah kita? mungkin lepas ini kita pula.
Innalilallahi wa inna ilaihi raaji'un. Agzhomallahu ajraka wa ahsana 'azaka..