Ahad, 20 Mac 2011

Bunyi-Bunyi Pelik

Tengah malam sabtu.

Ketika sedang menyiapkan sedikit kerja sambil menonton TV yang aku kurang pasti cerita apa, tiba-tiba perut aku asyik mengeluarkan bunyi-bunyian yang macam-macam, sekejap-sekejap ‘brrrrrpppppp’, sekejap-sekejap ‘bsssshhhhhhhh’.

“Ah sudah. Dia dah mula la ni.” Kataku di dalam hati.

Kalau dilayan sangat karenah perut aku yang bernafsu raksasa ini, pastinya makin bertambah-tambah montellah badan aku. Ah, jangan hiraukan dia. Padan muka!

Aku meneruskan kerjaku. Selang beberapa minit kemudian;

“BRRRRRREEEEPPPPPP BUUUUFFFFFHHHHHHHH TRRRRRRHHHHHHHHHHH” bunyinya lagi. Kali ini lebih kuat.

“BRRRRRRREEEPPPP BUUUFFFFHHHH TRRRRSSSSHHHHHHHHH”

Ish. Tak boleh jadi ni, makin aku memadanmukakan dia, makin menjadi-jadi dia mengaum. Kau memang selalu sahaja mensabotaj aku kan setiap kali aku bercita-cita mahu jadi perempuan slim, kau memang perut, kau memang dengki! Cis!

“Ah. Perut, kau ni bukan ternak cacing aku rasa, ternak gajah agaknya!” gumam aku sambil berjalan ke dapur.

“Saya mahu makan nasi goreng tau.” perut.

“Ah. Mengada-ngadalah kau! Minum susu je dah cukup.” Otak.

“Makan maggi-lah best!” hati.

“Buat sahajalah roti bakar, senang.” Tangan.

“Hey-hey! Korang ni memang suka gaduh. Dah-dah, buat roti bakar sahaja.” Aku.


Ketika aku sedang menunggu roti dibakar; kedengaran ada bunyi yang pelik di luar rumah. Bunyi itu, sekejap ada, sekejap hilang. Ah. Perasaan sahaja kot, fikirku.

Selang beberapa minit lagi, bunyi itu kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat. Aku sudah mula berfikir macam-macam. Kalau mengikut pengalaman menonton cerita-cerita hantu yang sudah-sudah, bunyi itu seperti bunyi Pontianak di dalam TV. Eh Pontianakkah?

Aku memberanikan diri mencari dari mana bunyi itu datang. Dengan berbekalkan sebatang penyapu sebagai senjata, aku terus mara ke arah bunyi itu.



Bersambung.