Ahad, 27 Mac 2011

Siapa Tak Sembahyang, Angkat Tangan

Hari tu, saya pergi interview. Interview apa, tak payah ceritalah. Bila dah berjaya dalam interview mulalah berbolak-balik dengan keputusan sendiri. Heh.

Tapi. Ketika interview itu, ada beberapa soalan yang cukup tak dijangka saya. Tak sangka selepas banyak soalan di soal, tiba-tiba saya akan ditanya soalan sebegitu. Sampai saya terblank sekejap. Heh.


MD: Akira, do you pray?
Saya: (Blank sekejap.. Sambil cuba rewind balik betul ke soalan tu yang dia tanya)
MD: Awak sembahyang tak?
Saya: Err. Yes. Of course.
MD: How many times per day? *Muka serius*
Saya: Erk. Standard which are 5 times per day.
MD: If non standard?
Saya: If I got free time maybe 7-8 times per day.
MD: Can you read Quran?
Saya: (Blank lagi.. Sambil fikir betul ke dia tanya soalan tu atau saya salah dengar)
MD: Awak boleh baca Quran?
Saya: Ah. Boleh. Ah. Yes.
MD: With good tajwid?
Saya: Erk. I know some basic tajwid and Yes. Insya-Allah.
MD: How often do you read Quran?
Saya: At least 2 times a week.. Usually, I read Quran every thursday and friday after solat maghrib.
MD: Ok. You know what? This is my standard question during interview session. Don't be surprise.


Woh! Ini adalah kali pertama saya ditanya soalan sebegini ketika interview. Agak-agak sebab apa ye beliau tanya soalan begitu? Secara logiknya, orang yang tak solat pun akan mengaku solat, dan orang tak tahu membaca Quran pun akan mengaku tahu membaca Quran. Kan.

Herm. Korang ada pengalaman tak kena tanya soalan-soalan mencabar? Boleh kongsikan tak? Hehe.