Isnin, 28 Mac 2011

Sensasi Zaman Kanak-Kanak



Siapa ingat lagi cerita Moero Attack? Cerita pujaan ramai ketika zaman kanak-kanak ni. Somersault berputarrrr!!! Nostalgia sungguh.



Cerita lain yang saya layan masa zaman kanak-kanak ialah Tomato Man, Satria Baja Hitam (ke Satria Baju Hitam ek? Dulu saya sebut Suria Baja Hitam - Lagi lari dari maksud sebenar. Kekeke), Gaban, Flashman, Doraemon (sudah semestinya!), Mask Rider, Ultraman dan banyak lagi lah. Kecik-kecik lagi dah jadi hantu tivi, dah besar apakan lagi. Keh keh keh.

Mujurlah saya tak membesar zaman sekarang. Kalau tak komfem asyik bersinetron sahajalah saya. Tak berkembang langsung, balik-balik gaduh-baik-gaduh-baik, cinta-putus cinta-cinta-putus cinta, kaucaripasaldenganaku-akucaripasaldengankau, kaujahatkalahkansetan-akubaikkalahmalaikat. Tak mencabar pemikiran kreatif langsung. Eceh.

Hiburan dulu-dulu: Sensasi dalam darjahnya yang tersendiri. Best.