Sabtu, 12 Mac 2011

Menseksyenkan Lejar Ingat

Anda pernah datang ke Bandar Baru Bangi? Pernah? Tak Pernah? Jangan panik, tiada siapa akan memarahi anda mahupun melempang anda sekiranya anda tidak pernah ke Bandar Baru Bangi lagi.

Baiklah. Jika anda datang ke Bandar Baru Bangi, memang tidak sahlah sekiranya anda tidak melawat ke satu tempat bersejarah yang sangat tersohor di Bangi dan telah banyak menghasilkan ramai tokoh-tokoh yang best (contohnya seperti saya. Ehem.). Tempat bersejarah tersebut ialah Pasar Mini Kiat Siong. Hihi.



Pasar Mini Kiat Siong ni terletak bersebelahan dengan Pasar Basah Bandar Baru Bangi dan berhampiran juga dengan SMKBBB dan SK Jalan 2.

Apa yang best mengenai kedai ini sehingga harus dimasukkan ke dalam 7 wonders of Bandar Baru Bangi? Ok mari kita tengok.

Pasar Mini Kiat Siong menawarkan segala jenis barang - barangan keperluan dapur, jajan, surat khabar, komik, majalah, kad tikam, bola tikam, barangan mandian, barangan cucian, kad-kad, barangan menjahit, barangan alat tulis, barangan melukis, barangan plastik - ok namakan sahaja, memang semua ada! Serius. Walaupun kedai tu kecil sahaja, tapi yang ajaibnya semua benda/barang boleh muat di dalamnya, betul tak tipu. Kadang-kadang, barang-barang yang tidak boleh didapati di Supermarket pun boleh didapati di sini. Hebatkan?

Pasar Mini Kiat Siong juga mempunyai pemilik kedai yang suka ikut kita ke mana sahaja kita berada ketika kita sedang membeli-belah mahupun bersiar-siar di dalam kedai itu. Serius tak tipu. Atuk Kiat Siong (tak pasti Atuk ni hidup lagi ke tak) akan ikut kita ke mana sahaja kita pergi, selagi kau ada dalam kedai dia, selagi itulah dia akan ikut kau sampai kau bayar atau kau keluar kedai. Haha serius! Walaupun atuk Kiat Siong suka ikut-ikut dan kedekut senyum dan kedekut suara, tapi kedai ini tetap menjadi pojaan hati kami dan tiada kedai lain yang setandingnya - paling tip top.

Dulu kalau nak dapatkan komik Slumdunk ke Mutiara Naga ke Sailormoon ke Alam Perwira ke, memang Pasar Mini Kiat Sionglah destinasi yang tepat. Kalau nak beli kad tikam berharga 20 sen tu ke, atau nak main tikam bola warna-warni tu ke, pergi sahaja ke Pasar Mini Kiat Siong, semuanya ada - anda pasti bahagia. Sememangnya kedai ini seperti sorga di kalangan budak-budak sekolah. Nak betulkan tali raket pun kitorang pergi Pasar Mini Kiat Siong kau. Kiranya dulu, kalau kitorang dapat pergi Pasar Mini Kiat Siong ni kira dah sangat hip la. Hehe.

Kedai ni adalah antara kedai terawal di Bangi yang menawarkan segala jenis barang runcit yang masih mampu bertahan sampai sekarang. Lebih best lagi, dalam kawasan majoriti penduduknya Melayu, Pasar Mini Kiat Siong berjaya meneruskan kelangsungan perniagaannya sehingga kini.

Begitulah serba sedikit mengenai kehebatan Pasar Mini Kiat Siong. Jadi, jika anda berkunjung ke Bandar Baru Bangi, jangan lupalah singgah di Pasar Mini Kiat Siong ye. Hehe.